Best view using resolution 1024 X 768
Tested using Mozilla Firefox and Microsoft Internet Explorer
user(s) currently online
 
About Me
My Cool Links
Countdown
Name
:
firul


YM
:
Wanna chat with me ?..Tunggu aku online ek...Sorrylah, aku bukan tanak chat ngan korang, YM diblok di sini...huhuhuhu.:(
Email
:
Send an email to me :)
Website
:
Visit my website...
Location
:
Malaysia
My Guestbook
All My Words
Tension ?
Sign    View

Monday, June 21, 2004

Tazkirah : Menangis

Kata Ibnu Qayyim - terdapat 10 Jenis Tangis :-

1) Menangis kerana kasih sayang & kelembutan hati.
2) Menangis kerana rasa takut.
3) Menangis kerana cinta.
4) Menangis kerana gembira.
5) Menangis kerana menghadapi penderitaan.
6) Menangis kerana terlalu sedih.
7) Menangis kerana terasa hina dan lemah.
8) Menangis untuk mendapat belas kasihan orang.
9) Menangis kerana mengikut-ikut orang menangis.
10) Menangis orang munafik - pura-pura menangis.

"..dan bahawasanya DIA lah yang menjadikan orang tertawa dan menangis." (An Najm : 43)

Jadi, Allah lah yang menciptakan ketawa dan tangis, serta menciptakan sebab tercetusnya. Banyak air mata telah mengalir di dunia ini. Sumbernya dari mata mengalir ke pipi terus jatuh ke bumi. Mata itu kecil namun ia tidak pernah kering ia berlaku setiap hari tanpa putus-putus. Sepertilah sungai yang mengalir ke laut tidak pernah berhenti?.kalaulah air mata itu ditampung banjirlah dunia ini.


Tangis tercela atau terpuji ??

Ada tangisan yang sangat di cela umpamanya meratapi mayat dengan meraung dan memukul-mukul dada atau merobek-robek pakaian.

Ada pula tangisan sangat-sangat di puji dan di tuntut iaitu tangisan kerana menginsafi dosa-dosa yang silam atau tangis kerana takut akan azab dan siksa Allah.


Tangisan dapat memadamkan api Neraka

"Rasulullah saw bersabda : Tidaklah mata seseorang menitiskan air mata kecuali Allah akan mengharamkan tubuhnya dari api neraka. Dan apabila air matanya mengalir ke pipi maka wajahnya tidak akan terkotori oleh debu kehinaan, apabila seorang daripada suatu kaum menangis, maka kaum itu akan dirahmati. Tidaklah ada sesuatupun yang tak mempunyai kadar dan balasan kecuali air mata. Sesungguhnya air mata dapat memadamkan lautan api
neraka."


Air mata taubat Nabi Adam a.s

Beliau menangis selama 300 tahun ta npa mendongak ke langit tersangat takut dan hibanya terhadap dosa yang telah ia lakukan.Dia bersujud di atas gunung dan air matanya mengalir di jurang Serandip. Dari air matanya itulah Allah telah menumbuhkan pohon kayu manis dan pohon bunga cengkih.Beberapa ekor burung telah meminum akan air mata Adam lalu berkata, "Manis sungguh air ini." Nabi Adam terdengar lalu menyangka burung itu mempersendakannya
lalu ia memperhebatkan tangisannya.

Lalu Allah mendengar dan menerima taubat Adam dan mewahyukan, "Hai Adam sesungguhnya belum Aku pernah menciptakan air lebih lazat daripada air mata taubat mu!."


Air mata yang tiada di tuntut Janganlah menangis kalau tak tercapai cita-cita bukan kah Tuhan yang telah menentukannya.

Janganlah menangis nonton filem hindustan itu kan cuma lakonan.
Janganlah menangis kerana cinta tak berbalas mungkin dia bukanlah
jodoh yang telah Tuhan tetapkan.
Janganlah menangis jika gagal dalam peperiksaan mungkin kita kurang membuat persediaan.
Jangan menangis kalau wang kita hilang di jalanan sebab mungkin kita kurang bersedekah buat amalan.
Janganlah menangis kalau tidak di naikkan pangkat yakin lah, rezeki itu adalah pemberian Tuhan.

Dari itu??..

Simpanlah air mata-air mata tangisan itu semua buat bekalan untuk menginsafi di atas segala kecuaian yang telah melanda diri, segala dosa-dosa yang berupa bintik2 hitam yang telah mengkelamkan hati hingga sukar untuk menerima hidayah dari Allah swt. Seru lah air mata itu dari persembunyiannya di balik kelopak mata agar ia menitis membasahi dan
mencuci hati agar ia putih kembali dan juga semoga ia dapat melebur dosa2 dan moga-moga akan mendapat ampunanNya jua.


Junjungan Mulia bersabda

"Ada 2 biji mata yang tak tersentuh api neraka, mata yang menangis di waktu malam hari kerana takut kepada Allah swt dan 2 biji mata yang menjaga pasukan fisabillah di waktu malam."

"Di antara 7 golongan manusia yang akan mendapat naungan Allah di hari iamat"?? seseorang yang berzikir bersendirian lalu mengenang tentang kebesaran Allah swt lalu bercucuran air matanya."

"Jika tubuh seseorang hamba gementar kerana takut kepada Allah, maka berguguran lah dosa-dosanya bak gugurnya dedaunan dari pepohonan kering."

Berkata Salman Al Faarisi r.a
Aku di buat menangis atas 3 perkara jua :
1) Berpisah dengan Rasulullah saw dan para sahabat-sahabat.
2) Ketakutan seorang yang perkasa tatkala melihat malaikat Israil datang mencabut nyawanya.
3) Aku tidak tahu samada aku akan di perintahkan untuk ke syurga atau neraka.


Air mata tanda rahmat Tuhan
Rasulullah saw bersabda : Jagalah mayat ketika kematiannya & perhatikanlah 3 perkara :

1) Apabila dahi nya berpeluh.
2) Airmatanya berlinang.
3) Hidungnya keluar cecair seperti hingus.

kerana hal hal tersebut menandakan rahmat Allah swt untuk si mayat.
(riwayat dari Salman al Faarisi)

Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara :
"Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan, Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu, Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu, dan dosa-dosa yang silam disulami dengan taubat kepada Dzat yang Memilikimu."

posted by PuTERAKL @ 9:15 AM   |
______________________________________________________________

Click here to play pacman
Solat Time
Shouts

Previous Posts

Artikel : Fatwa Advice to Overcome Porn Addiction
Artikel : Tips To Be a Successful Business Man fro...
Boring² : Lelaki vs Wanita
Boring² : End User's Guide to Technical Services
Boring² : The Power of Human Mind
Artikel : How We Got Out Of Debt
Boring² : Sejarah Wau
Boring² : Ali
Words of Wisdom : The Rope
Words of Wisdom : Friendship
Archives
April 2004
May 2004
June 2004
July 2004
August 2004
September 2004
October 2004
November 2004
December 2004
January 2005
February 2005
March 2005
April 2005
May 2005
June 2005
July 2005
August 2005
September 2005
October 2005
January 2006
February 2006
March 2006
April 2006
May 2006
July 2006
March 2007
May 2007
June 2007
July 2007
September 2007
September 2008
Certified
Subscribe to siswamalaysia
Powered by groups.yahoo.com
Sponsors
Powered by Blogger
This page is powered by redhat LINUX. Isn't yours?
Listed on BlogShares
 
   
Job Seeking Site
 
MyJobStreet @ JobStreet.com
 
MyJobStreet @ JobStreet.com
 
   
My Cronies
Manage Blog
Password:
 
Dreambook
"Aku copy, Aku edit and Aku paste....hahahaha" firul,PuteraKL,rajakualalumpur
Photobucket Image Hosting
 
Friends' Blog
 
 
adledash | Afzan06 | Ain | Airiz | aiza | akuE | alyn | antukarma | arisa | atoi | Ayares | Basri | b.l.u | biskut | BudakSekolah | bunbun | Bunda Syafiya | Buttet | byha | chika | cik lebah | d.a.l.e | dannyhusainy | de5lin | deana[Singapura] | enigma | desniaty | dona | e1 | Faizal | fawaz | Hafiz | Hairul | Haiza | hannan | houssam | id | ima hamyma | jelapang-padi | juji | Junaidix | Kamal Azizi | Kak Melor | Kak Nina | Kak Salina | Kak Tipah | king | ladydaisy | Lan | langsat | litium | lyna.zack | madfozi | Mar | masasibuk | mayang sari | mi | mykelisa | mush | nad | nana | nash v. khan | ND | NiDA | Nina | Nis | Norin | Op | paichowan | Pak Bear | Petit | Puteri | Purbe | rudy | RZA | Salwani | she | shiem | Syamay | Syaz | Syed | syed2704 | ucuwan | Wafi | Waheeda | Walid[Brunei] | Wea | Wira | wizurai | Yanti | Yna | Zam | zpah
     
Free Counters
visitors since June 2004
   
 
firulblogv2 themes by puterakl
Last update on February 5th, 2006