Artikel : Lelaki Mengandung ??? Just A Hoax ?
INTERVIEW LEE MINGWEI DENGAN JANICE VRSALIUS (wartawan Paperveins)
Janice
- Mr Lee, seperti yang telah kita bincangkan, lelaki mengandung ni bahaya dari segi perubatan,lebih-lebih lagi anda akan melalui pembedahan Cesarian. Mengapa memilih untuk berbuat begini?
Mr. Lee
- Ramai orang menganggap ni sebagai perkara yang paling dahsyat., sebagai satu contoh bagaimana sains dan perubatan sekarang memang gila! Tapi bagi saya, saya cuma nak membawa budak tu keluar ke dunia ni. Tak ada yang lebih asli dan mengagumkan di dunia ni selain tu. Ini adalah sesuatu yang ingin saya lakukan.
Janice
- Sudah tentu anda tahu yang ramai tidak menyenangi tentang idea lelaki mengandung ni?
Mr. Lee
- Saya tahu konsep ni mengejutkan pada mula. Secara biologi, wanita yang patut melahirkan anak, tapi lelaki tak. Di sebalik revolusi seksual yang dramatik sekarang ni, kita masih terpengaruh dengan peranan social. Sekarang kita masih ada beberapa pertanyaan untuk ditekankan. Mengapa lelaki tak boleh mengandung dan menjaga janin seperti perempuan? Mengapa lelaki tak boleh menanggung tanggungjawap perempuan yang mengandung? Satu lagi, mengapa lelaki tak dibenarkan merasa kegembiraan yang ditanggung oleh perempuan ketika mengandung? Sekarang saya rasa, lelaki dan juga wanita harus mempunyai banyak pilihan dalam hidupnya.
Janice
- Bapa saya lebih rela menderma semua organ-organ dalam badannya daripada melayan idea gila tentang lelaki mengandung ni!!
Mr. Lee
- Ya, memang menarik bila ramai lelaki yang rasa tergugat dengan idea ni. Idea lelaki mengandung selalunya dijadikan bahan ketawa. Ada seseorang pernah beritahu saya tentang sebuah filem Amerika yang popular di mana Arnold Schwarzenegger mengandung (Filem ‘Junior’). Ada juga idea ni dalam satu episode ‘The Cosby Show’ di mana watak lelaki tu berangan-angan nak mengandung. Sekarang bila ianya dah jadi realiti, tak seorang pun mahu ketawa lagi!
Janice
- Saya terfikir, banyak sitkom dulu, dalam era 70an dan 80an, dimana watak lelakinya selalu dipakaikan dengan pakaian wanita untuk membuatkan penonton ketawa. Tapi bila lelaki di luar mahu berpakaian seperti wanita, mereka selalunya dipukul atau dimalukan secara seksual.
Mr. Lee
- Tu satu analogi yang baik. Benda-benda macam tu selalunya dianggap provokatif, menakjubkan dan tak tulin. Tapi sekarang kita ada datuk Bandar yang perpakaian seperti perempuan di live TV. Tak pernah dengarkah?
Janice
- Saya ingat pernah menyaksikannya tahun lepas di ‘Saturday Night Live’. Saya ingat saya berhalusinasi.
Mr. Lee
- Tapi dia melakukannya untuk berjenaka. Saya rasa ramai ‘pondan-pondan’ di luar sana tu kecewa kerana perkara ni dah jadi mainstream pula. Saya nampak, ramai golongan yang suka berpakaian wanita ni adalah dari golongan gay. Kalau anda lelaki yang mahu menjadi perempuan tapi tak ada niat untuk menunjukkannya, anda dikira ganjil.
Janice
- Bagaimana pula respon anda terhadap orang yang menganggap anda ialah ‘pondan’ mengandung, bukannya lelaki mengandung?
Mr. Lee
- Saya masih seorang lelaki, secara biologi! Saya tak ada keinginan langsung untuk menjadi seorang perempuan, tak pernah langsung berniat. Tapi saya ada keinginan yang kuat untuk merasakan apa yang perempuan rasa. Saya sangat menyayangi emak dan saudara perempuan saya, dan saya gembira dapat merasakan pengalaman mereka. Mengandung adalah perasaan yang sangat indah. Ini adalah satu pengalaman yang harus dirasai oleh lelaki dan perempuan sebelum mereka mati.
Janice
- Saya pernah baca tentang projek seni anda bertajuk ‘A Hundred Days With Lily’. Anda menganggapnya sebagai pengalaman baru yang spiritual.
Mr. Lee
- Ya. Saya membawa lily putih bersama saya ke mana saja saya pergi selama 3 bulan. Ia adalah penghormatan kecil untuk nenek saya yang sudah meninggal dunia.
Janice
- Saya baca ianya sesuatu yang berasal dari Ch’an Buddhism. Betulkah?
Mr. Lee
- Idea tu memang berasal dari Ch’an Buddhism. Saya membesar dengan kepercayaan Budhis di Taiwan. Kami belajar untuk menghargai kehidupan seharian.
Janice
- Tapi lelaki mengandung bukanlah sesuatu yang kita nampak setiap hari.
Mr. Lee
- Saya menganggap kehamilan ini sebagai menyimpan kepercayaan Budhist dalam diri saya. Saya dapat merasakan hubungan yang kuat antara diri saya dengan bayi dalam kandungan dan juga dunia di sekeliling kami. Dan sekarang saya merasa kesedaran dan perasaan yang kuat yang saya kongsikan bersama mak dan saudara perempuan, hasil dari kehamilan ini. Saya dapat memahami kehidupan dalam cara yang tak pernah saya sedari dulu.
Janice
- Saya pernah bercakap dengan wanita-wanita mengandung yang juga menceritakan tentang perasaan sedemikian. Saya pernah merasakan perasaan ini semasa saya mengandungkan anak perempuan saya beberapa tahun dulu. Soalan terakhir, Mr Lee, sudahkan anda mencadangkan nama bayi anda?
Mr. Lee
- Saya rasa saya akan tahu namanya bila bayi itu lahir nanti. Buat masa sekarang, kita tunggu dan lihat saja nanti.
firul says
"gila..itu perkataan pertama keluar dari mulut aku biler dapat email pasal bender nih....terus aku bukak site die and taraaa.....kalau korang ingat lagi citer Junior lakonan Arnold SusahNakEja, korang sure terkejut ader orang bebetul buat...hm...aku tak nak komen lagi wat masa nih...nak tengok dulu aper komen korang...aku nak sambung wat keje aku....nanti2 petang sikit maybe aku wat komen k......ha...untuk perkembangan lanjut pasal lelaki tuh, korang leh gi site nih http://www.malepregnancy.com ...."
firul says again
"hahahha.....naper la takder orang nak komen ek...aku rasa cam dah wat citer palsu lak nih.......BTW, aku baru ade kesempatan nak wat checking sikit and ader beberapa orang kawan aku cakap bende nih sebenarnyer fake (thanks to Kin), wallahualam...bagi aku, aku sebenarnyer awal2 lagi tak sure nak wat posting nih since aku pon cam tak sure gak, but aku letak gak posting nih...FYI, aku ader jumper seketul site kater bender alah nih hoax ajer (paham kan aper maksud die....)...korang gi bukak link nih : http://21cif.imsa.edu/links/external/hoax.html.(thanks to Khansa' for the link)..... erm...tapikan, kalau betul la boleh dilakukan, wahai lelaki2 sekalian, hendakkah kamu mengandung ?....hahahah....tanak aku.....tak best aaa....tak thrill weh...buat anak, dapat anak, the tradisional way, itulah yang thrill..hahahahahha...tunggulah, sampai masanya, kiter semua akan buat the thrill .(bagi yang belum lah yer...).. "