Best view using resolution 1024 X 768
Tested using Mozilla Firefox and Microsoft Internet Explorer
user(s) currently online
 
About Me
My Cool Links
Countdown
Name
:
firul


YM
:
Wanna chat with me ?..Tunggu aku online ek...Sorrylah, aku bukan tanak chat ngan korang, YM diblok di sini...huhuhuhu.:(
Email
:
Send an email to me :)
Website
:
Visit my website...
Location
:
Malaysia
My Guestbook
All My Words
Tension ?
Sign    View

Thursday, February 24, 2005

Artikel : PTPTN lantik pengutip hutang


PUTRAJAYA: Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) melantik kaunselor kredit, yang akan pergi ke rumah untuk mengutip hutang pelajar yang gagal membayar semula pinjaman.


Selain ke rumah, kaunselor itu akan menggunakan pelbagai cara bagi memastikan 140,000 peminjam PTPTN menjelaskan hutang tertunggak berjumlah RM258 juta itu.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Dr Shafie Mohd Salleh (gambar), berkata pelantikan kaunselor itu akan dibuat selepas Pasukan Khas Kutipan Pinjaman Pendidikan PTPTN bermesyuarat dua minggu lagi.

Pasukan khas itu akan menentukan kaedah operasi kutipan semula hutang sama ada menasihati pelajar dan penjamin atau kaedah lain yang difikirkan sesuai.

"Kabinet dalam mesyuarat hari ini (semalam) mengarahkan kementerian mengutip semula semua hutang. Tarikh akhir tidak ditetapkan. Oleh itu, saya mengarahkan PTPTN menubuhkan pasukan khas yang menggabung pegawai kerajaan dan swasta bagi mencari jalan terbaik mendapatkan semula hutang tertunggak ini.

"Pasukan yang disertai pegawai PTPTN, Kementerian Kewangan dan bank ini akan melantik kaunselor kredit untuk pergi dari rumah ke rumah," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat mingguan kementeriannya semalam.

Dr Shafie berkata, jumlah kaunselor kredit yang akan dilantik, alamat dan nombor telefon peminjam serta kaedah operasi sedang dikenal pasti.

Setakat ini, jumlah pinjaman PTPTN yang patut dikutip ialah RM420 juta membabitkan 190,000 pelajar. Bagaimanapun 32,000 daripada mereka adalah pembayar aktif.

PTPTN mengutip RM93 juta iaitu RM71 juta menerusi potongan gaji oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), RM17 juta bayaran terus kepada PTPTN dan RM5 juta menerusi bank.

"Bayaran menerusi bank masih kecil kerana baru diperkenal tahun lalu. PTPTN menyediakan tiga kaedah bayaran dan kita berharap pelajar segera melunaskan hutang selepas menamatkan pengajian dan mendapat pekerjaan," katanya.

Beliau berkata, graduan yang masih menganggur boleh memohon menangguhkan bayaran. Malah, PTPTN kini menangguhkan pembayaran balik bagi 20,000 graduan yang belum mendapat pekerjaan atau menyambung pengajian.

Katanya, graduan tidak seharusnya mendiamkan diri jika menerima notis PTPTN, sebaliknya memaklumkan status mereka sama ada hendak mula membayar atau menangguhkannya.

“Jika tidak, PTPTN akan menghantar surat guaman menuntut bayaran semula selepas tiga notis tidak dilayan. PTPTN sudah menghantar 2,000 surat peguam dan jika tidak dilayan, kita akan mengheret mereka ke mahkamah.

“Seramai 200 kumpulan pertama akan diambil tindakan mahkamah April ini tetapi kita akan menyiarkan nama mereka di akhbar sebagai peluang terakhir untuk mereka sebelum diheret ke mahkamah,” katanya.

Source

firul says
"hahahha....die nak mai umah aku ka ?.. jom pindah umah...lariiiiii....hehe...acah ajer ... tak kisah la depa nak lantik pengutip hutang....lantik yang baik2 aa...jgn dilantik si along jadi pengutip utang sudah..mau ader peminjam PTPTN mati dibunuh..huhuhu....btw, aku pon tak tau camner nak mula bayar nih...kalau ikutkan, mmg dah kena bayar la kan once dah mula bekerja.. huhuhu..25 tahun tuh...sob sob sob..heheheh..."

posted by PuTERAKL @ 10:47 AM   |
______________________________________________________________

Click here to play pacman
Solat Time
Shouts

Previous Posts

Boring² : Stone Age Computer
Tazkirah : Hari Kekasih Tradisi Penganut Kristian
Lirik : U2 - Vertigo
Artikel : Lelaki Mengandung ??? Just A Hoax ?
Artikel : Satria Replacement Model ???
Lirik : Azharina - Elegi Sepi
Boring² : Beza Diari Lelaki & Wanita
Kisah Aku : Setiap Yang Hidup Pasti Pergi
Artikel : Selamat Tahun Baru 2005
Artikel : SuratPanas 250 MB
Archives
April 2004
May 2004
June 2004
July 2004
August 2004
September 2004
October 2004
November 2004
December 2004
January 2005
February 2005
March 2005
April 2005
May 2005
June 2005
July 2005
August 2005
September 2005
October 2005
January 2006
February 2006
March 2006
April 2006
May 2006
July 2006
March 2007
May 2007
June 2007
July 2007
September 2007
September 2008
Certified
Subscribe to siswamalaysia
Powered by groups.yahoo.com
Sponsors
Powered by Blogger
This page is powered by redhat LINUX. Isn't yours?
Listed on BlogShares
 
   
Job Seeking Site
 
MyJobStreet @ JobStreet.com
 
MyJobStreet @ JobStreet.com
 
   
My Cronies
Manage Blog
Password:
 
Dreambook
"Aku copy, Aku edit and Aku paste....hahahaha" firul,PuteraKL,rajakualalumpur
Photobucket Image Hosting
 
Friends' Blog
 
 
adledash | Afzan06 | Ain | Airiz | aiza | akuE | alyn | antukarma | arisa | atoi | Ayares | Basri | b.l.u | biskut | BudakSekolah | bunbun | Bunda Syafiya | Buttet | byha | chika | cik lebah | d.a.l.e | dannyhusainy | de5lin | deana[Singapura] | enigma | desniaty | dona | e1 | Faizal | fawaz | Hafiz | Hairul | Haiza | hannan | houssam | id | ima hamyma | jelapang-padi | juji | Junaidix | Kamal Azizi | Kak Melor | Kak Nina | Kak Salina | Kak Tipah | king | ladydaisy | Lan | langsat | litium | lyna.zack | madfozi | Mar | masasibuk | mayang sari | mi | mykelisa | mush | nad | nana | nash v. khan | ND | NiDA | Nina | Nis | Norin | Op | paichowan | Pak Bear | Petit | Puteri | Purbe | rudy | RZA | Salwani | she | shiem | Syamay | Syaz | Syed | syed2704 | ucuwan | Wafi | Waheeda | Walid[Brunei] | Wea | Wira | wizurai | Yanti | Yna | Zam | zpah
     
Free Counters
visitors since June 2004
   
 
firulblogv2 themes by puterakl
Last update on February 5th, 2006