Best view using resolution 1024 X 768
Tested using Mozilla Firefox and Microsoft Internet Explorer
user(s) currently online
 
About Me
My Cool Links
Countdown
Name
:
firul


YM
:
Wanna chat with me ?..Tunggu aku online ek...Sorrylah, aku bukan tanak chat ngan korang, YM diblok di sini...huhuhuhu.:(
Email
:
Send an email to me :)
Website
:
Visit my website...
Location
:
Malaysia
My Guestbook
All My Words
Tension ?
Sign    View

Tuesday, June 29, 2004

Artikel : Osama bin Laden

Ketika Timur Tengah menikmati peningkatan ekonomi hasil dari perdagangan minyak pada tahun-tahun 1970-an, Muhammad bin Laden berhijrah dari Yamandan bermastautin di Saudi Arabia. Beliau memulakan sebuah perniagaan yang kemudiannya menjadi salah satu daripada syarikat pembinaan yang terbesar di Timur Tengah, Bin Laden Corporation.

Syarikat ini terbabit dengan pembinaan jalanraya, bangunan, masjid, lapangan terbang dan lain-lain prasarana di kebanyakan negara-negara Timur Tengah. Osama adalah anak kepada Muhammad bin Laden. Sebagai seorang anak muda, beliau jelas lebih warak daripada saudara-saudaranya yang lain dan penglibatan syarikat keluarga beliau dalam pembinaan semula Masjidil-Haram dan Masjid An-Nabawi di Makkah dan Madinah telah memberi kesan yang mendalam kepada beliau.

Pada tahun 1979, sebaik sahaja selepas beliau menamatkan pelajaran diUniversiti King Abdul Aziz di Jeddah dengan memperolehi ijazah dalam bidang Kejuruteraan Sivil, Soviet Union menyerang dan menduduki Afghanistan. Pihak Mujahideen mengeluarkan permohonan bantuan antarabangsa. Osama bin Laden menyahut seruan itu dengan menghantar dirinya sendiri bersama-sama dengan jentolak-jentolak keluarganya ke Afghanistan. Beliau tersentuh, kata beliau, dengan permintaan dari umat Islam yang lemah menghadapi 'kuasa-besar' abad ke-20.

"Di dalam agama kita terdapat tempat yang istimewa di akhirat nanti kepada mereka yang menyertai jihad," kata beliau. "Sehari di Afghanistan adalah seperti 1000 hari bersembahyang di mana-mana masjid biasa." Pada mulanya sumbangan beliau lebih kepada sumbangan sokongan. Beliau merekrut beribu-ribu pejuang Arab dari Timur Tengah, membiayai tambang mereka ke Afghanistan dan mendirikan kem-kem untuk melatih mereka. Kemudiannya beliau juga telah merekabentuk terowong-terowong pertahanan dan parit-parit di sepanjang sempadan Pakistan, memandu jentolak, menghadapi risiko tembakan-tembakan helikopter Sovier.

Tidak lama kemudiaan, beliau sendiri mula menggalas Kalashnikov dan menyertai pertempuran. Pada tahun 1986, beliau bersama-sama beberapa dozen pejuang Arab berjaya mematahkan serangan pihak Soviet ke atas sebuah bandar yang bernama Jaji, tidak jauh dari sempadan Pakistan. Kepada para Mujahideen Arab tersebut, kejayaan ini adalah antara bukti pertama bahawa pihak Russia boleh dikalahkan.

Setahun kemudian, Bin Laden memimpin satu serangan ke atas tentera Soviet di dalam pertempuran Shaban. Pertempuran tangan yang hebat menyebabkan ramai dari para Mujahideen gugur syahid. Walau bagaimanpun Osama dan para Mujahideen pimpinannya berjaya juga menghalau pihak Soviet keluar dari kawasan tersebut dengan pertolongan Allah s.w.t.

"Beliau merupakan seorang wira pada kami kerana beliau sentiasa di barisan hadapan, sentiasa mara ke hadapan," ujar Hamza Mohammed, seorang pejuang Palestin yang menyertai jihad di Afghanistan dan kini menguruskan salah sebuah projek pembinaan Bin Laden di Sudan."Beliau bukan sekadar memberikan wang beliau tetapi beliau juga memberikan diri beliau. Beliau datang dari istana untuk tinggal bersama-sama dengan orang miskin Afghan dan para pejuang Arab. Beliau masak dengan mereka,makan dengan mereka, menggali kubu-kubu dengan mereka. Itulah cara Bin Laden." Semasa pembesaran Masjidil-Haram dan Masjid An-Nabawi pada sekitar 1980-an, Raja Fahd sendiri menawarkan Osama kontrak untuk membesarkan Masjid Rasulullah s.a.w. di Madinah.Kontrak ini akan memberikan untung bersih sebanyak $90 juta kepada beliau.Beliau menolak tawaran ini kerana beliau tahu tawaran ini adalah untuk mengalih perhatian beliau dari jihad di Afghanistan kepada pembinaan masjid. Beliau pernah berkata bahawa kekayaan beliau bertambah dan perniagaan beliau semakin maju selaras dengan bertambahnya wang yang beliau belanjakan untuk jihad. Bin Laden pulang ke tanahair dan disambut sebagi kenamaan.

Tetapi kepopularan beliau mula menghilang apabila beliau mula mengatakan kebenaran terutamanya yang menyentuh rejim Saudi. Kerajaan tersebut sudahpun dikritik oleh para aktivis Islam kerana penyelewengan dan tidak melaksanakan perundangan Islam. Semua ini juga ditentang oleh Bin Laden. Akhirnya apabila Raja Fahd membenarkan tentera kuffar Barat masuk ke Saudi ketika Perang Teluk, beliau mula mengkritik kerajaaan dengan terbuka.

Beliau juga menjadi sasaran kempen penganiayaan ke atas aktivis Islam lantas beliau melarikan diri ke Sudan pada 1991. Sejumlah besar 'Arab Afghan' dari pelbagai negara mengikuti beliau ke Sudan dan bekerja di syarikat yang beliau tubuhkan di Sudan. Beliau berusaha membantu Sudan dengan membina prasarana.

Kerajaan Saudi mengisytiharkan beliau penjenayah dan kewarganegaraan beliau dilucutkan. Sejumlah wang yang banyak juga diletakkan untuk kepala beliau. Di Sudan, perniagaan beliau berkembang maju sehingga menjadi lebih besar dari yang di Timur Tengah. Satu cubaan membunuh beliau telah dilakukan di Sudan tetapi beliau berjaya menyelamatkan diri walaupun mengalami kecederaan. Beliau tinggal di Sudan selama kira-kira lima tahun, membiayai jihad di pelbagai negara di dunia seperti Afghanistaan, Bosnia,Yaman, Chechnya dan lain-lain tempat sehinggalah kerajaan Sudan mengusir beliau atas tekanan dari Amerika Syarikat dan atas tuduhan beliau membiyai gerakan pengganas (gelaran kuffar Barat kepada Mujahideen) di seluruh dunia.

Dengan kekayaan peribadi yang dianggarkan sekitar $300 juta, beliaulah yang dianggap 'U.S. State Department' sebagai "seorang daripada penaja kewangan utama gerakan extrimis Islam di dunia kini." Ataupun seperti mana yang dikatakan oleh seorang pegawai Amerika Syarikat, beliau adalah 'ikan besar' kerana reputasi keperwiraan beliau memberikan beliau pengaruh. Menurut pegawai ini, "Bin Laden adalah orang yang boleh pergi menemui seseorang dan berkata, "Saya mahu awak tuliskan cek 6 angka," dan beliau akan mendapat cek tersebut serta merta.



Pada musim panas 1996, Bin Laden berpindah dari Sudan ke Afghanistan. Beliau kini di Afghanistan membantu membiaya dan menyusun para Mujahideen seluruh dunia. Selepas kedaan yang semakin buruk di Saudi Arabia, selepas penahanan para ulama dan ratusan pemuda-pemuda Mujahideen, selepas kekayaan negara tergadai kepada Barat dan pendudukan tentera Amerika di 3 bumi suci, Bin Ladin membuat keputusan untuk bertindak.

Pada 26 Ogos 1996, beliau mengeluarkan kenyataan yang pertama, dokumen berbahasa Arab setebal 12 mukasurat yang bertajuk, "Pengisytiharan Perang" oleh Osama bin Muhammad bin Laden. Kenyataan ini memberikan amaran terakhir kepada semua tentera Amerika agar meninggalkan bumi suci umat Islam atau mereka akan menerima tindakan ketenteraan dari para pemuda yang sama dengan bantuan Allah s.w.t yang telah mengalahkan kuasa kuffar terbesar di dunia, di Afghanistan. "Umat Islam terbakar dengar kemarahan kepada Amerika. Demi kebaikannya sendiri, Amerika mesti meninggalkan Saudi Arabia-bumi tanah haram" - Osama bin Laden.



Mujahid ini meninggalkan kehidupan mewah dengan kekayaan yang tak termimpi oleh kita. Apakah sebabnya? Apakah yang ada pada jihad sehingga menjadi lebih manis daripada kehidupan mewah dengan $300 juta? Masihkah kita sayangkan sedikit kekayaan kita dari cinta pada Allah juga Rasul-Nya? Masihkah kita sayangkan dunia ini hingga melupakan akhirat? Masih lekakah kita dengan hidup sehingga kita melupakan mati, Mati yang hanya sekali itu...Untuk siapakah mati kita?

posted by PuTERAKL @ 1:32 PM   |
______________________________________________________________

Click here to play pacman
Solat Time
Shouts

Previous Posts

Artikel : Edisi Siasat - Budak Kecik Hisap Rokok
Tazkirah : Pesanan Mendiamkan Diri Ketika Azan
Artikel : Hotmail to offer 250MB of free storage
Artikel : Why Muslim Cannot Eat Pig ?
Boring² : Why is HONEY golden in color?
Boring² : Memane Pon Ade Exam aaaa...
Tazkirah : Petua Untuk Murah Rezeki dan Dijauhkan ...
Words of Wisdom : Ada Apa Dengan Cinta ?
Tazkirah : Menangis
Artikel : Fatwa Advice to Overcome Porn Addiction
Archives
April 2004
May 2004
June 2004
July 2004
August 2004
September 2004
October 2004
November 2004
December 2004
January 2005
February 2005
March 2005
April 2005
May 2005
June 2005
July 2005
August 2005
September 2005
October 2005
January 2006
February 2006
March 2006
April 2006
May 2006
July 2006
March 2007
May 2007
June 2007
July 2007
September 2007
September 2008
Certified
Subscribe to siswamalaysia
Powered by groups.yahoo.com
Sponsors
Powered by Blogger
This page is powered by redhat LINUX. Isn't yours?
Listed on BlogShares
 
   
Job Seeking Site
 
MyJobStreet @ JobStreet.com
 
MyJobStreet @ JobStreet.com
 
   
My Cronies
Manage Blog
Password:
 
Dreambook
"Aku copy, Aku edit and Aku paste....hahahaha" firul,PuteraKL,rajakualalumpur
Photobucket Image Hosting
 
Friends' Blog
 
 
adledash | Afzan06 | Ain | Airiz | aiza | akuE | alyn | antukarma | arisa | atoi | Ayares | Basri | b.l.u | biskut | BudakSekolah | bunbun | Bunda Syafiya | Buttet | byha | chika | cik lebah | d.a.l.e | dannyhusainy | de5lin | deana[Singapura] | enigma | desniaty | dona | e1 | Faizal | fawaz | Hafiz | Hairul | Haiza | hannan | houssam | id | ima hamyma | jelapang-padi | juji | Junaidix | Kamal Azizi | Kak Melor | Kak Nina | Kak Salina | Kak Tipah | king | ladydaisy | Lan | langsat | litium | lyna.zack | madfozi | Mar | masasibuk | mayang sari | mi | mykelisa | mush | nad | nana | nash v. khan | ND | NiDA | Nina | Nis | Norin | Op | paichowan | Pak Bear | Petit | Puteri | Purbe | rudy | RZA | Salwani | she | shiem | Syamay | Syaz | Syed | syed2704 | ucuwan | Wafi | Waheeda | Walid[Brunei] | Wea | Wira | wizurai | Yanti | Yna | Zam | zpah
     
Free Counters
visitors since June 2004
   
 
firulblogv2 themes by puterakl
Last update on February 5th, 2006