Artikel : Pemain Bola Guna SMS Batal Pernikahan Saat Akhir
Oleh Ibrahim Isa
KLUANG: Seorang bakal pengantin di sini terpaksa melupakan majlis pernikahan dan persandingan pa- da saat akhir apabila pasangannya memutuskan pertunangan mereka menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS), Jumaat lalu.
NORLIDA dengan pakaian untuk akad nikah di atas pelamin yang disiapkan untuk majlis perkahwinan yang dibatalkan ketika ditemui di rumahnya di Felda Ulu Dengar,
Kahang Timur, di Kluang semalam.
Bagaimanapun, majlis kenduri diteruskan di rumah pengantin perempuan di Felda Ulu Dengar, Kahang Timur, dekat sini kelmarin berikutan kad jemputan sudah diedar kepada kira-kira 1,000 tetamu, rakan dan saudara mara.
Norlida Abdul Rahman, 23, menerima SMS bertulis ‘Pa minta maaf harap Ma faham. Mungkin ditakdirkan kita tak ada jodoh. Minta maaf kat abah dan mak, bukan niat Pa untuk malukan depa’, daripada pemain bola sepak sebuah negeri, 19 jam sebelum majlis pernikahan mereka.
Norlida berkata, sebelum itu beliau berulang kali mengesan tunangnya yang menghilangkan diri, tetapi gagal hinggalah pada jam 2 pagi Jumaat, dia menerima SMS yang meminta maaf dan mengatakan mereka tiada jodoh.
Beliau mengenali tunangnya ketika menyambung pelajaran di Pulau Pinang pada Ogos 2001 menerusi seorang rakan.
Ketika itu, lelaki terbabit sudah bermain dalam Liga Malaysia, tetapi mewakili negeri lain.
Selepas dua tahun berkawan, mereka akhirnya mengikat tali pertunangan Julai tahun lalu dan merancang mendirikan rumah tangga tahun ini.
“Semua persiapan berjalan lancar sehinggalah pada Isnin (13 Disember) lalu, apabila tunang saya menunjukkan sedikit perubahan dan kelihatan ragu-ragu mengenai perkahwinan kami.
"Mulanya dia mengatakan mungkin tak ada jodoh. Bagaimanapun, selepas berbincang dia kembali seperti biasa dan meneruskan perbincangan mengenai persiapan perkahwinan kami.
"Kali terakhir saya dapat berbual dengannya ialah pada Khamis, 16 Disember lalu.
Ketika itu, dia menelefon saya dan mengatakan dia sudah memasukkan baki wang hantaran RM4,000 daripada RM6,000 ke dalam akaun saya," katanya.
Norlida bagaimanapun berkata, beberapa jam selepas itu abang tunangnya menelefon dan bertanya sama ada dia dapat menghubungi tunangnya kerana mereka sekeluarga tidak dapat mengesan lelaki berkenaan.
Katanya, dia cuba berulang kali mengesan tunangnya itu, namun gagal hinggalah pada jam 2 pagi Jumaat, dia menerima SMS yang meminta maaf dan mengatakan mereka tiada jodoh.
"Pada pagi Jumaat, saya menghubungi keluarganya dan mereka meminta hari pernikahan yang dijadualkan selepas Isyak pada Jumaat lalu ditangguhkan keesokannya (Sabtu) untuk memberi mereka peluang mencari tunangnya.
"Bagaimanapun, sehingga pagi Sabtu tiada sebarang berita mengenainya dan keluarganya mengatakan tidak dapat datang kerana pengantin lelaki sudah tiada," katanya.
Source : http://www.bharian.com.my/m/BHarian/Monday/Mukadepan/20041219231322/Article/
firul says :
hm..patutnyer aku wat posting ni semalam, since arinih dah lapuk dah pon...erm...gila gila...gila...kesian kat gal tuh...kan ?... aku tak paham betui kenapa bender2 kensel kawin ni orang leh wat memain...sepanjang yang aku tau, dah masuk 3 kali dah berite kensel kawin ni berlaku around aku(bukan aku yer..:)))...yerlah...kiter boleh kater depa memang takdak jodoh and depa mmg takdak rezeki jadi suami-isteri but some of the things, kiter leh prevent..tui tak ?..bagi aku, nak kapel pon susah, nak tunang lagi aa...inikan kawin, bender serius camnih kiter tak sepatutnyer main2....kalau dah tak suker, cakap ajer awai2...masa tunang tuh kire oklah kalau nak putus lagi, but ini sampai tunggu ari kawin, mmg keja gila...kalau aku jadi abang gal tuh, gerenti mamat tuh dah kena..:))...oklah, bagi lelaki2 yang ader kat luar sana, be honest...kalau ko dah tak suker, angkat kaki awai2....takyah nak tunduk ngan tekanan sesaper..yang nak kawin tuh ko.. :))...k lah....aku just nak jamin, to girls out there, korang takkan kena nyer cam gal tuh dengan aku..:p...hahahah...btw, .just harap2 kiter semua disimpangkan dari terkena dan melakukannya...:))..wallahhualam...
<< Home