Best view using resolution 1024 X 768
Tested using Mozilla Firefox and Microsoft Internet Explorer
user(s) currently online
 
About Me
My Cool Links
Countdown
Name
:
firul


YM
:
Wanna chat with me ?..Tunggu aku online ek...Sorrylah, aku bukan tanak chat ngan korang, YM diblok di sini...huhuhuhu.:(
Email
:
Send an email to me :)
Website
:
Visit my website...
Location
:
Malaysia
My Guestbook
All My Words
Tension ?
Sign    View

Friday, December 31, 2004

Artikel : Selamat Tahun Baru 2005



firul says
"assalamualaikum warahmatullah....actually kalau nak ikutkan malas rasanya nak wat posting pasal new year nih...yerlah..korang pon tau kan aper yang dah jadi beberapa hari sebelum nih....alfatihah untuk semua arwah yang telah pergi meninggalkan kita...setiap yang hidup pasti pergi....memang itu janji Allah..erm...since esok dah tahun baru, aper azam korang ? aku pulak kalau korang tanyer, aper azam aku ?...
hehehe......just nak lebih berusaha menuju ke depan...details tak payahlah korang tau..kalau jadi nanti, korang akan taulah yer..hehe...kalau nak ikutkan azam2 nih, banyak gak yang aku dah dapat capai dalam tahun 2004...most target aku dah dapat aa....cuma ada beberapa mungkin sebab aku tak ader rezeki lagi.....erm...btw, berbalik kepada perkara tsunami tuh, aku tau and korang pon tentu tau semua tu adalah dari Allah...tak kira mungkin kita nampak itu as tragedi..
bagi aku, yerlah...semuanya tak mustahil kat dunia nih...cam aku masa belajar Geografi masa zaman muda2 dulu kat Ipoh, rasa lega biler ingatkan kedudukan MALAYSIA di luar lingkaran api (apa tuh ?..tak ingat kalu, bukak balik buku Geog)...tapi kiter kena ingat, walaupun kiter di luar, namun kiter berjiran dengan negara2 yang berada di dalam lingkaran api..so, kalau yang kat dalam lingkaran api tuh kena gempa yang kuat, tentulah kita akan terpalit jugak sedikit sebanyak...betui tak ?, ala korang mesti setuju ngan aku..hm...yang pasti kita perlu ingat, as Muslim, kiter patut terima semua ini as dugaan dan cabaran untuk kiter ke hadapan...banyak lagi yang boleh kita perbaiki pada diri kiter...cam aku, banyak lagi yang aku boleh baiki...insya allah, akan dipertingkatkan di tahun 2005 yang bakal menjelang nih...oklah korang semua, aku pasti korang tanak aku membebel banyak lagi...erm..klik gambar kat atas tuh or kat sini untuk ucapan Selamat Tahun Baru dari aku...aku cilok ajer nih dari satu site tuh..nak linkkan takut nanti2 tak jumpak dah, so aku pon letak kat one of my site...till then, wassalam.

p/s korang2 yang keluar memaner malam nih, beringat2 lah yer.."

posted by PuTERAKL @ 3:45 PM   |
______________________________________________________________

Tuesday, December 28, 2004

Artikel : SuratPanas 250 MB




firul says
"hehe..tak dapat komen banyak..ader keje tengah buat nih..erm...akhirnya jadi gak 250 MB..hehe :))"

posted by PuTERAKL @ 8:25 AM   |
______________________________________________________________

Thursday, December 23, 2004

Artikel : 7 Tips To Get 25 MB for Your SuratPanas Account

1. Sign in to your Hotmail Account and choose Options (located at the top right corner) (see Figure 1)


Figure 1

2. Next choose the Personal tab (see Figure 2) and click My Profile (see Figure 3) . Change your country/region to United States. Under state put in Hawaii and postcode 96801. You may choose other states but be sure to have the correct postcode. (see Figure 4-5)

You may find other zip code here : http://www.downloadzipcode.com/

Having done that click update and continue. (see Figure 6-7)


Figure 2




Figure 3



Figure 4


Figure 5




Figure 6





Figure 7


3. Go to Language option under Personal Tab and set to English. (see Figure 8-9)



Figure 8



Figure 9


4. Important! In order not to loose your current email in the Inbox you need to create a new folder and move the Inbox to that folder. In my case, I've created a folder named sementara and transfer all email in the Inbox to it.

To do that, go back to Mail. Click New then from the drop down list choose Folder. After doing that, choose the email you wish to save and click Put In Folder. (see Figure 10)


Figure 10


5. After completed the steps 1 - 4 above, type this :


in the address bar above (do not sign out just yet). This will close down your account. Just click OK to deactivate the account. (see Figure 11-13)



Figure 11



Figure 12



Figure 13


6. Goback to http://www.hotmail.msn.com and sign in with your username and password. After few mouse clicks, your account will become 25MB. (see Figure 14-19)



Figure 14




Figure 15


Figure 16



Figure 17



Figure 18



Figure 19 - if you get this screen, just click the link FREE-Email


Figure 20



7. Within a couple of weeks to a month your account will be upgraded to 250MB. (see Figure 21-22)




Figure 21




Figure 22

firul says
"actually aku tak sure korang dah tau ker tak..but since aku baru dapat tau (thanks to Noni) and kebetulan lak ader masa free sikit nak wat update blog nih, so aku pon wat lah artikel nih...erm..maybe ramai cakap watper nak update akaun SuratPanas nih...Yahoo ader, Gmail ader, bagi aku, aku tetap nak email SuratPanas aku ni aktif...asik2 orang antar gambar ker attachment bebesar ajer, terus kaler merah...and yang paling penting tuh, sebab akaun SuratPanas ni lah akaun email aku yang pertama. to korang, depends la nak follow those steps or tak. try at your own risk k. erm...anyway, FYI, aku wat 3 kali bender nih to 3 akaun SuratPanas aku and semua success tak kira time aku pakai browser IE or Mozilla Firefox...just aku nak bagitau, hope semua steps tuh korang ikut ye...yang ke 7 tuh, aku pon tak sure, nak surekan, korang tanyer sendiri aa kat Bill Gates k...oklah..that's all the posting for today, till then, wassalam."


posted by PuTERAKL @ 7:52 PM   |
______________________________________________________________

Tuesday, December 21, 2004

Artikel : Pemain Bola Guna SMS Batal Pernikahan Saat Akhir

Oleh Ibrahim Isa

KLUANG: Seorang bakal pengantin di sini terpaksa melupakan majlis pernikahan dan persandingan pa- da saat akhir apabila pasangannya memutuskan pertunangan mereka menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS), Jumaat lalu.



NORLIDA dengan pakaian untuk akad nikah di atas pelamin yang disiapkan untuk majlis perkahwinan yang dibatalkan ketika ditemui di rumahnya di Felda Ulu Dengar,
Kahang Timur, di Kluang semalam.


Bagaimanapun, majlis kenduri diteruskan di rumah pengantin perempuan di Felda Ulu Dengar, Kahang Timur, dekat sini kelmarin berikutan kad jemputan sudah diedar kepada kira-kira 1,000 tetamu, rakan dan saudara mara.

Norlida Abdul Rahman, 23, menerima SMS bertulis ‘Pa minta maaf harap Ma faham. Mungkin ditakdirkan kita tak ada jodoh. Minta maaf kat abah dan mak, bukan niat Pa untuk malukan depa’, daripada pemain bola sepak sebuah negeri, 19 jam sebelum majlis pernikahan mereka.

Norlida berkata, sebelum itu beliau berulang kali mengesan tunangnya yang menghilangkan diri, tetapi gagal hinggalah pada jam 2 pagi Jumaat, dia menerima SMS yang meminta maaf dan mengatakan mereka tiada jodoh.

Beliau mengenali tunangnya ketika menyambung pelajaran di Pulau Pinang pada Ogos 2001 menerusi seorang rakan.

Ketika itu, lelaki terbabit sudah bermain dalam Liga Malaysia, tetapi mewakili negeri lain.

Selepas dua tahun berkawan, mereka akhirnya mengikat tali pertunangan Julai tahun lalu dan merancang mendirikan rumah tangga tahun ini.

“Semua persiapan berjalan lancar sehinggalah pada Isnin (13 Disember) lalu, apabila tunang saya menunjukkan sedikit perubahan dan kelihatan ragu-ragu mengenai perkahwinan kami.

"Mulanya dia mengatakan mungkin tak ada jodoh. Bagaimanapun, selepas berbincang dia kembali seperti biasa dan meneruskan perbincangan mengenai persiapan perkahwinan kami.

"Kali terakhir saya dapat berbual dengannya ialah pada Khamis, 16 Disember lalu.

Ketika itu, dia menelefon saya dan mengatakan dia sudah memasukkan baki wang hantaran RM4,000 daripada RM6,000 ke dalam akaun saya," katanya.

Norlida bagaimanapun berkata, beberapa jam selepas itu abang tunangnya menelefon dan bertanya sama ada dia dapat menghubungi tunangnya kerana mereka sekeluarga tidak dapat mengesan lelaki berkenaan.

Katanya, dia cuba berulang kali mengesan tunangnya itu, namun gagal hinggalah pada jam 2 pagi Jumaat, dia menerima SMS yang meminta maaf dan mengatakan mereka tiada jodoh.

"Pada pagi Jumaat, saya menghubungi keluarganya dan mereka meminta hari pernikahan yang dijadualkan selepas Isyak pada Jumaat lalu ditangguhkan keesokannya (Sabtu) untuk memberi mereka peluang mencari tunangnya.

"Bagaimanapun, sehingga pagi Sabtu tiada sebarang berita mengenainya dan keluarganya mengatakan tidak dapat datang kerana pengantin lelaki sudah tiada," katanya.

Source : http://www.bharian.com.my/m/BHarian/Monday/Mukadepan/20041219231322/Article/

firul says :
hm..patutnyer aku wat posting ni semalam, since arinih dah lapuk dah pon...erm...gila gila...gila...kesian kat gal tuh...kan ?... aku tak paham betui kenapa bender2 kensel kawin ni orang leh wat memain...sepanjang yang aku tau, dah masuk 3 kali dah berite kensel kawin ni berlaku around aku(bukan aku yer..:)))...yerlah...kiter boleh kater depa memang takdak jodoh and depa mmg takdak rezeki jadi suami-isteri but some of the things, kiter leh prevent..tui tak ?..bagi aku, nak kapel pon susah, nak tunang lagi aa...inikan kawin, bender serius camnih kiter tak sepatutnyer main2....kalau dah tak suker, cakap ajer awai2...masa tunang tuh kire oklah kalau nak putus lagi, but ini sampai tunggu ari kawin, mmg keja gila...kalau aku jadi abang gal tuh, gerenti mamat tuh dah kena..:))...oklah, bagi lelaki2 yang ader kat luar sana, be honest...kalau ko dah tak suker, angkat kaki awai2....takyah nak tunduk ngan tekanan sesaper..yang nak kawin tuh ko.. :))...k lah....aku just nak jamin, to girls out there, korang takkan kena nyer cam gal tuh dengan aku..:p...hahahah...btw, .just harap2 kiter semua disimpangkan dari terkena dan melakukannya...:))..wallahhualam...

posted by PuTERAKL @ 10:09 AM   |
______________________________________________________________

Thursday, December 16, 2004

Kisah Aku : Pot Luck Sempena Syawal 2004


hehe..these are sebahagian makanannyer..


oh cheese cake...my favourite :))


inilah potluck kitorang....


hehe...korang tau tak aku kat maner tuh..heheh..yang dekat muka pintu tuh aku la...


sebahagian dari member² baik aku kat sini...


oh..mari memilih makanan...


pilih jangan tak pilih...:))....semua orang saling berlaga bahu..tak kira bos ker kuli ker (cam aku nih)..hahahha...tuh yang aku suker tuh..tradisi yang best kat sini...by the way, time ni la kalau korang nak siku bos korang and tak dipersalahkan..hahahha :))


aku dah abes pilih makanan..masa untuk cari port nak duduk pulak :))


hehe....aku tak ingat aper yg aku ngan kakak² ni bualkan....sampai aku terpaksa tutup mulut aku tergelak la kot...hehe....

firul says "actually aku tak ingat biler majlis Pot Luck nih diadakan...but since baru aku dapat peluang untuk buat posting nya, maka aku letakkanlah di sini...actually occasion kecik nih dibuat sempena raya kiter...alar...wat kecik-kecik jer untuk Floor 5th(di mana tempat pencarian rezekiku..:p)...budget utk majlis nih kitorang sumer kumpul sendiri ajer...yg bebetul kompeni aku wat nanti next time aku posting lak....just tunggu.....:))"

posted by PuTERAKL @ 8:29 PM   |
______________________________________________________________

Tuesday, December 14, 2004

Tazkirah : Bila Al-Quran Mula Berbicara

Waktu engkau masih kanak-kanak.............
kau laksana kawan sejatiku
Dengan wudu', Aku kau sentuh
dalam keadaan suci, Aku kau pegang
Aku,kau junjung dan kau pelajari
Aku engkau baca dengan suara lirih atau pun keras setiap hari
Setelah selesai engkau menciumku mesra

Sekarang engkau telah dewasa..............
Nampaknya kau sudah tak berminat lagi padaku...
Apakah Aku bahan bacaan usang yang tinggal sejarah...?
Menurutmu, mungkin aku bahan bacaan yang tidak menambah pengetahuanmu
Atau, menurutmu aku hanya untuk anak kecil yang belajar mengaji.......
Sekarang, Aku tersimpan rapi sekali;
sehingga engkau lupa di mana Aku tersimpan
Aku sudah engkau anggap hanya sebagai pngisi setormu.

Kadang kala Aku dijadikan mas kawin agar engkau dianggap bertaqwa
Atau Aku kau buat penangkal untuk menakuti iblis dan syaitan
Kini Aku lebih banyak tersingkir, dibiarkan dalam kesendirian,kesepian.
Di dalam almari, di dalam laci, aku engkau pendamkan.
Dulu...pagi-pagi...surah-surah yang ada padaku engkau baca beberapa halaman.
Di waktu petang, Aku kau baca beramai-ramai bersama temanmu di surau.....

Sekarang...seawal pagi sambil minum kopi...engkau baca surat khabar dahulu
Waktu lapang engkau membaca buku karangan manusia
Sedangkan Aku yang berisi ayat-ayat yang datang dari Allah Azzawajalla,
Engkau engkau abaikan dan engkau lupakan...

Waktu berangkat kerja pun kadang engkau lupa baca pembuka surah2ku(Bismillah).
Di dalam perjalanan engkau lebih asyik menikmati musik duniawi
Tidak ada kaset yang berisi ayat Allah yang terdapat di dalam keretamu
Sepanjang perjalanan,radiomu selalu tertuju ke stasyen radio kesukaanmu
Mengasyikkan.

Di meja kerjamu tidak ada Aku untuk kau baca sebelum kau mulai kerja
Di Komputermu pun kau putar musik favoritmu
Jarang sekali engkau putar ayat-ayatku.........
E-mail temanmu yang ada ayat-ayatku pun kau abaikan
Engkau terlalu sibuk dengan urusan dunia mu
Benarlah dugaanku bahawa engkau kini sudah benar-benar hampir melupaiku


Bila malam tiba engkau tahan bersekang mata berjam-jam di depan TV.
Menonton siaran telivisyen
Di depan komputer berjam-jam engkau betah duduk
Hanya sekedar membaca berita murahan dan gambar sampah
Waktupun cepat berlalu.........
Aku semakin kusam dalam laci-laci mu
Mengumpul debu atau mungkin dimakan hama

Seingatku, hanya awal Ramadhan engkau membacaku kembali
Itupun hanya beberapa lembar dariku.
Dengan suara dan lafadz yang tidak semerdu dulu
Engkaupun kini terangkak-rangkak ketika membacaku
Atau waktu kematian saudara atau taulan mu

Bila engkau di kubur sendirian menunggu sampai kiamat tiba
Engkau akan diperiksa oleh para malaikat suruhanNya
Apakah TV, radio ,hiburan atau komputer dapat menolong kamu?
Yang pasti ayat-ayat Allah s.w.t yang ada padaku menolong mu
Itu janji Tuhanmu, Allah s.w.t

Sekarang engkau begitu enteng membuang waktumu...
Setiap saat berlalu...
Dan akhirnya.....
kubur yang setia menunggu mu...........
Engkau pasti kembali, kembali kepada Tuhanmu

Jika Aku engkau baca selalu dan engkau hayati...
Di kuburmu nanti....
Aku akan datang sebagai pemuda gagah nan tampan.
Yang akan membantu engkau membela diri
Dalam perjalanan ke alam akhirat.
Dan Akulah "Al-Qur'an",kitab sucimu
Yang senantiasa setia menemani dan melindungimu.

Peganglah Aku kembali.. .. bacalah aku kembali aku setiap hari.
Karena ayat-ayat yang ada padaku adalah ayat-ayat suci.
Yang berasal dari Allah Azzawajalla
Tuhan Yang Maha Pengasih dan Maha Pemurah
Yang disampaikan oleh Jibril melalui Rasulmu
Keluarkanlah segera Aku dari almari, lacimu.......
Letakkan aku selalu di depan meja kerjamu.
Agar engkau senantiasa mengingat Tuhanmu.
Sentuhilah Aku kembali...

Baca dan pelajari lagi Aku....
Setiap datangnya pagi, petang dan malam hari walau secebis ayat
Seperti dulu.... Waktu engkau masih kecil
Di surau kecil kampungmu yang damai
Jangan aku engkau biarkan aku sendiri....
Dalam bisu dan sepi....

Maha Suci Allah, yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.

Semoga bermanafaat.

firul says "erm...isk....betul-betul mengusik hatiku...."

posted by PuTERAKL @ 8:54 PM   |
______________________________________________________________

Friday, December 03, 2004

Lirik : Zainal Abidin - Puteri

Lagu/Lirik: Andreas Carlsso, Kristian Lundin & Burt Bacharach

Harum semerbak kasturi indah mewangi
Cantik rupa parasnya puteri di sinar maya
Cinta bukannya semata yang ku perlu zahirmu
Hey... yeah... yeah...
Puteri... ohh...

Kini kau tiada lagi tinggallah aku sendiri
Rindu di hati ku ini tak dapat aku sembunyi
Entah bila kan kembali
Setelah kau pergi oh...

Puteri... malam ku dingin tiada pujuk rayumu
Kembalilah... ku kehilangan tawa mesramu itu
Ohh puteri... malam ku dingin aku kehilanganmu
Kembalilah... mengertilah oh kekasihku
Ohh... puteri ku

Dengarkanlah rayuan (hati)
Tak sanggup aku kehilanganmu
Di dalam jaga aku keliru
Ohh... mengertilah

Kembalilah
Malam ku dingin tiada pujuk rayumu
Puteriku...
Ku kehilangan tawa mesramu itu
Kembalilah...
Malam ku dingin aku kehilanganmu
Kekasihku... mengertilah oh kekasihku... ohh...

Kekasihku... kembalilah...



Copyright (c) 2004 Warner Chappel Music (M) Sdn. Bhd.

Source : http://www.era.fm/04/sensasi/lirik/lirik.asp?id=3245

firulsays"oh..my 1st posting for December..:))...hehe....aku suker giler lagu nih sekarang..:))....really a nice song..:)"

posted by PuTERAKL @ 8:07 AM   |
______________________________________________________________

Click here to play pacman
Solat Time
Shouts

Previous Posts

Moved to New Blog
Video : Ebi AF5 - Farhana
Artikel: Businessman and Fisherman
Artikel : Marketing Lessons
Video : Mila AF5 - Cinta Pura Pura
Video : Ebi & Mila AF5 - My Heart
Video : Mila AF5 - Drama
Video : Heliza AF5 - Kesal
Kisah Aku: Aku, dia dan accident !!!...
Lirik : Dewa - Sedang Ingin Bercinta
Archives
April 2004
May 2004
June 2004
July 2004
August 2004
September 2004
October 2004
November 2004
December 2004
January 2005
February 2005
March 2005
April 2005
May 2005
June 2005
July 2005
August 2005
September 2005
October 2005
January 2006
February 2006
March 2006
April 2006
May 2006
July 2006
March 2007
May 2007
June 2007
July 2007
September 2007
September 2008
Certified
Subscribe to siswamalaysia
Powered by groups.yahoo.com
Sponsors
Powered by Blogger
This page is powered by redhat LINUX. Isn't yours?
Listed on BlogShares
 
   
Job Seeking Site
 
MyJobStreet @ JobStreet.com
 
MyJobStreet @ JobStreet.com
 
   
My Cronies
Manage Blog
Password:
 
Dreambook
"Aku copy, Aku edit and Aku paste....hahahaha" firul,PuteraKL,rajakualalumpur
Photobucket Image Hosting
 
Friends' Blog
 
 
adledash | Afzan06 | Ain | Airiz | aiza | akuE | alyn | antukarma | arisa | atoi | Ayares | Basri | b.l.u | biskut | BudakSekolah | bunbun | Bunda Syafiya | Buttet | byha | chika | cik lebah | d.a.l.e | dannyhusainy | de5lin | deana[Singapura] | enigma | desniaty | dona | e1 | Faizal | fawaz | Hafiz | Hairul | Haiza | hannan | houssam | id | ima hamyma | jelapang-padi | juji | Junaidix | Kamal Azizi | Kak Melor | Kak Nina | Kak Salina | Kak Tipah | king | ladydaisy | Lan | langsat | litium | lyna.zack | madfozi | Mar | masasibuk | mayang sari | mi | mykelisa | mush | nad | nana | nash v. khan | ND | NiDA | Nina | Nis | Norin | Op | paichowan | Pak Bear | Petit | Puteri | Purbe | rudy | RZA | Salwani | she | shiem | Syamay | Syaz | Syed | syed2704 | ucuwan | Wafi | Waheeda | Walid[Brunei] | Wea | Wira | wizurai | Yanti | Yna | Zam | zpah
     
Free Counters
visitors since June 2004
   
 
firulblogv2 themes by puterakl
Last update on February 5th, 2006